Monday, June 20, 2011

aku suke ayat-2 ny :))

  • Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka. . .
  • Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda , tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
  • Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu , tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi , jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu. Sekurang - kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
  • Tiada apa yang perlu saya maafkan , mencintai kamu itu bukanlah satu kesilapan ~
  • Tak ada hati yang tak dapat diikhlaskan , tiada khilaf yang tak dapat dimaafkan , tiada dendam yang tak dapat dipadam ~
  • Saya tidak mampu menghalang kamu untuk BERHENTI menyayangi saya , tapi itu bukan bermakna kamu mampu menghalang saya untuk TERUS menyayangi kamu ~
  • Bila yang tertulis untukku bukanlah dirimu. . .ku terima takdir jalanku. . .terlalu banyak hati yang datang dan pergi. . .namun tiada yang seperti hatimu. . .
  • Pada suatu waktu yang benar-benar tepat , Tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup mu , yang mampu membuatkan kamu bahagia dan merasa CINTA itu adalah sesuatu yang nyata ~
  • Berlaku adil lah pada RASA CINTA yang tercipta di hatimu itu , usahlah terus - terusan MEMAKSA dia menerima cinta mu , sudah - sudah lah MERAYU dia mengerti hati mu. . .berbahagialah dgn kebahagiaannya jika benar kamu cintakan dia ~

No comments:

Post a Comment